CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, November 23, 2009

batu pahat plak

skang ni pasal btu pahat permainya bumi ku. knl2 aa ea.

Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Bandar yang kedua terbesar di Johor ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor.Pada tahun 2008 Batu Pahat di tangga 12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

PENGENALAN

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada, di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga".

PEMBUKAAN

Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar).

Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato' Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato' Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi Bandar kali ini di Batu Pahat.

Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau :

"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."

Pentadbiran

Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :

  1. Mukim Lubok (Mukim I)
  2. Mukim Bagan (Mukim II)
  3. Mukim Peserai (Mukim III)
  4. Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
  5. Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
  6. Mukim Linau (Mukim VI)
  7. Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
  8. Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
  9. Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
  10. Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
  11. Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
  12. Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
  13. Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
  14. Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.

Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India.Lelaki seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.

CARA PENYUSUNAN:

BAHAGIAN UTARA BATU PAHAT:

Taman Peserai, Peserai, Kampung Muhibbah, Simpang Lima, Parit Besar (Bagan), Semerah,

BAHAGIAN SELATAN BATU PAHAT:

Taman Kemajuan, Taman Mewah, Taman Kenanangan, Taman Bahagia, Taman Bukit Mutiara, Taman Bukit Mutiara 2, Taman Flora Height, Taman Bandar, Taman Bukit Banang, Ayam Suloh, Senggarang, Rengit,

BAHAGIAN TENGAH BATU PAHAT:

Taman Pegawai, Kampung Merdeka, Taman Limpoon, Taman Dato Abdul Rahman, Taman Batu Pahat, Taman Sejahtera, Taman Damai, Taman Damai 2, Taman Emas, Taman Emas 2, Taman Bukit Perdana, Taman Bukit Perdana 2, Taman Perdana, Taman Inang, Batu Pahat city centre,

BAHAGIAN TIMUR BATU PAHAT:

Taman Banang, Taman Bukit Pasir, Taman Setia Jaya , Taman Setia Jaya 2 , Taman Maju, Taman Tasek, Taman Puteri, Taman Puteri Indah, Taman Flora Utama, Taman Koperasi Bahagia, Taman Flora, Parit Besar, Taman Pelangi, Taman Berlian, Taman Gembira, Kampung Istana, Hill View Apartment, Taman Budaya, Taman Sentosa, Pura Kencana,Sri Gading, Sri Gading, Bandar Universiti,Parit Raja, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,UTHM, Parit Raja,

BAHAGIAN BARAT BATU PAHAT:

Taman Banang Ria, Banang Height, Taman Ampang Jaya, Taman Ampuan, Taman Sri Pantai, Taman Pantai , Taman Pantai Baru , Taman Masjid Tanah, Taman Dagang, Taman Zamrud, Taman Soga , Taman Soga 2, Kampung Satey, Kampung Petani, Sungai Suloh, Kampung Minyak Beku, Perigi Batu Pahat,

Dan pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.

Pendidikan

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Batu Pahat
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
  • MRSM Batu Pahat
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi lanjutan (ADTEC)
  • Kolej Poly Tech MARA
  • SM Teknik Batu Pahat
  • SMK Datin Onn Jaafar
  • SMK Dato' Sulaiman
  • SMK Tunku Putra (SMK Tongkang Pecah)
  • SMK Tinggi Batu Pahat
  • SMJK Cina Batu Pahat
  • SMK Convent
  • SMK Jalan Kolam Air
  • SMK Temenggong Ibrahim
  • SMK Munshi Sulaiman
  • SMK Dato Bentara Luar
  • SMK Tun Aminah
  • SMK Yong Peng
  • SMK Dato Onn
  • SMK Semerah
  • SMK Seri Medan

[sunting] Tokoh

Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikatkan dengan Batu Pahat.

  • Dato Onn Jaafar - pengasas UMNO pada 1946.
  • Tun Hussein Onn - Perdana Menteri ketiga Malaysia, anak lelaki Dato Onn Ja'afar
  • Dr Chua Soi Lek - Menteri Kesihatan Malaysia
  • Lim Kit Siang - pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)
  • Dr Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat
  • Tan Sri Vincent Tan - Bilioner, pengerusi Berjaya Group
  • Lee Kim Yew - pengerusi Country Heights Group
  • KIYAI SALLEH - Pemimpin Tentera Selempang Merah yg menghalang kekejaman askar PKM di Batu Pahat
  • Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
  • Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Keadilan
  • Tony Phua - Ahli Parlimen Petaling Utara
  • Teo Nie Ching - Ahli Parlimen Serdang

[sunting] Tempat menarik

Benteng

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "Benteng" - suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

Mi Bandung

Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee Rebus & Nasi Lemak

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan Nasi Lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall,Farson Supermarket, Pacific Hypermarket,McDonald Drive Thru, dan Perkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex,Big Cinmaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

Industri

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan, elektronik,pemprosesan makanan,pembalakkan, porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.Antaranya Munchy's,Hup Seng dan Hwa Tai.Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu , Hitachi and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi , Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn. Bhd. and Fast Track Solutions Bhd.

HOSPITAL DAN PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN

1. HOSPITAL BATU PAHAT

2. PUTRA SPECIALIST HOSPITAL

3. PANTAI SPECIALIST HOSPITAL

4. KELINIK KESIHATAN BATU PAHAT

Pengangkutan

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat iaitu Kluang kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain bandar di semenanjung.

ANTARA SYARIKAT PENYEDIA PERKHIDMATAN:

Johore Motor Bus Co Sdn Bhd,

Costal Omnibus Co Sdn Bhd,

Syarikat Mayang Sari Sdn.Bhd ,

Syarikat Pengangkutan Maju Bhd

Syarikat Tanjau Jaya Melayu Sdn. Bhd ,

Syarikat Causeway Link Sdn.Bhd ,

Syarikat Intra Desa Sdn.Bhd ,


Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan Pelabuhan Indonesia seperti Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam