CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, November 23, 2009

lagu joget BATU PAHAT

ad ker lagu ni? first time dngar. trok x ak?

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor

Batu Pahat Daerah Makmur

Sungai Mengalir Ke Kuala

Dari Simpang Kanan Dan Kiri


DiHulu Sungai Kampunglah Medan

Parit Sulong, Pekan Nan Indah

Bukit Pasir dan Tongkang Pecah

Semerah Letak Di Utara


Chorus


Bandar Penggaram Tempat Berniaga

Ramai Yang Membeli Belah Disana

Pisang Salai Di Parit Raja

Air Hitam, Tempat Pelancong


Gunung Banang Tinggi Mengawan

Nampaklah Dari Bukit Soga

Istana Hinggap Sultan Johor

Raja Adil Daerah Makmur


Sri Gading Utuh Terbina

Rengit, Senggarang Tak Kurangnya

Minyak Beku Batu Di Pahat

Nama Diberi Sempenanya


Dahulu Kala Ia Dibuka

Oleh Dato' Bentara Luar

Satu Haribulan Januari

Satu Lapan Sembilan Empat


Lagu Gubahan : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

batu pahat plak

skang ni pasal btu pahat permainya bumi ku. knl2 aa ea.

Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Bandar yang kedua terbesar di Johor ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor.Pada tahun 2008 Batu Pahat di tangga 12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

PENGENALAN

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada, di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga".

PEMBUKAAN

Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar).

Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato' Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato' Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi Bandar kali ini di Batu Pahat.

Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau :

"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."

Pentadbiran

Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :

  1. Mukim Lubok (Mukim I)
  2. Mukim Bagan (Mukim II)
  3. Mukim Peserai (Mukim III)
  4. Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
  5. Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
  6. Mukim Linau (Mukim VI)
  7. Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
  8. Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
  9. Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
  10. Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
  11. Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
  12. Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
  13. Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
  14. Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.

Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India.Lelaki seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.

CARA PENYUSUNAN:

BAHAGIAN UTARA BATU PAHAT:

Taman Peserai, Peserai, Kampung Muhibbah, Simpang Lima, Parit Besar (Bagan), Semerah,

BAHAGIAN SELATAN BATU PAHAT:

Taman Kemajuan, Taman Mewah, Taman Kenanangan, Taman Bahagia, Taman Bukit Mutiara, Taman Bukit Mutiara 2, Taman Flora Height, Taman Bandar, Taman Bukit Banang, Ayam Suloh, Senggarang, Rengit,

BAHAGIAN TENGAH BATU PAHAT:

Taman Pegawai, Kampung Merdeka, Taman Limpoon, Taman Dato Abdul Rahman, Taman Batu Pahat, Taman Sejahtera, Taman Damai, Taman Damai 2, Taman Emas, Taman Emas 2, Taman Bukit Perdana, Taman Bukit Perdana 2, Taman Perdana, Taman Inang, Batu Pahat city centre,

BAHAGIAN TIMUR BATU PAHAT:

Taman Banang, Taman Bukit Pasir, Taman Setia Jaya , Taman Setia Jaya 2 , Taman Maju, Taman Tasek, Taman Puteri, Taman Puteri Indah, Taman Flora Utama, Taman Koperasi Bahagia, Taman Flora, Parit Besar, Taman Pelangi, Taman Berlian, Taman Gembira, Kampung Istana, Hill View Apartment, Taman Budaya, Taman Sentosa, Pura Kencana,Sri Gading, Sri Gading, Bandar Universiti,Parit Raja, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,UTHM, Parit Raja,

BAHAGIAN BARAT BATU PAHAT:

Taman Banang Ria, Banang Height, Taman Ampang Jaya, Taman Ampuan, Taman Sri Pantai, Taman Pantai , Taman Pantai Baru , Taman Masjid Tanah, Taman Dagang, Taman Zamrud, Taman Soga , Taman Soga 2, Kampung Satey, Kampung Petani, Sungai Suloh, Kampung Minyak Beku, Perigi Batu Pahat,

Dan pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.

Pendidikan

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Batu Pahat
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
  • MRSM Batu Pahat
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi lanjutan (ADTEC)
  • Kolej Poly Tech MARA
  • SM Teknik Batu Pahat
  • SMK Datin Onn Jaafar
  • SMK Dato' Sulaiman
  • SMK Tunku Putra (SMK Tongkang Pecah)
  • SMK Tinggi Batu Pahat
  • SMJK Cina Batu Pahat
  • SMK Convent
  • SMK Jalan Kolam Air
  • SMK Temenggong Ibrahim
  • SMK Munshi Sulaiman
  • SMK Dato Bentara Luar
  • SMK Tun Aminah
  • SMK Yong Peng
  • SMK Dato Onn
  • SMK Semerah
  • SMK Seri Medan

[sunting] Tokoh

Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikatkan dengan Batu Pahat.

  • Dato Onn Jaafar - pengasas UMNO pada 1946.
  • Tun Hussein Onn - Perdana Menteri ketiga Malaysia, anak lelaki Dato Onn Ja'afar
  • Dr Chua Soi Lek - Menteri Kesihatan Malaysia
  • Lim Kit Siang - pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)
  • Dr Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat
  • Tan Sri Vincent Tan - Bilioner, pengerusi Berjaya Group
  • Lee Kim Yew - pengerusi Country Heights Group
  • KIYAI SALLEH - Pemimpin Tentera Selempang Merah yg menghalang kekejaman askar PKM di Batu Pahat
  • Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
  • Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Keadilan
  • Tony Phua - Ahli Parlimen Petaling Utara
  • Teo Nie Ching - Ahli Parlimen Serdang

[sunting] Tempat menarik

Benteng

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "Benteng" - suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

Mi Bandung

Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee Rebus & Nasi Lemak

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan Nasi Lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall,Farson Supermarket, Pacific Hypermarket,McDonald Drive Thru, dan Perkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex,Big Cinmaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

Industri

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan, elektronik,pemprosesan makanan,pembalakkan, porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.Antaranya Munchy's,Hup Seng dan Hwa Tai.Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu , Hitachi and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi , Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn. Bhd. and Fast Track Solutions Bhd.

HOSPITAL DAN PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN

1. HOSPITAL BATU PAHAT

2. PUTRA SPECIALIST HOSPITAL

3. PANTAI SPECIALIST HOSPITAL

4. KELINIK KESIHATAN BATU PAHAT

Pengangkutan

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat iaitu Kluang kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain bandar di semenanjung.

ANTARA SYARIKAT PENYEDIA PERKHIDMATAN:

Johore Motor Bus Co Sdn Bhd,

Costal Omnibus Co Sdn Bhd,

Syarikat Mayang Sari Sdn.Bhd ,

Syarikat Pengangkutan Maju Bhd

Syarikat Tanjau Jaya Melayu Sdn. Bhd ,

Syarikat Causeway Link Sdn.Bhd ,

Syarikat Intra Desa Sdn.Bhd ,


Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan Pelabuhan Indonesia seperti Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam

johor

ak berasal dari batu pahat johor. tp ak sendiri x brape nk tw pasal negeri kesayangan ak ni. time cti2 ni plak tbe2 ak rse nk cri maklumat tetang negeri kesayangna ak ni. bnyak gak ak tw. meh kte bce sme2. hihihi (berilmiah x ak mse cti2 ni)

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadankan.

Kedudukan Johor dari segi keluasan, penduduk dan kepadatan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: ke-5 terbesar di Malaysia, dan ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia
  • Penduduk: ke-2 tertinggi di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia
  • Kepadatan: ke-7 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia.

Ibu negerinya ialah Johor Bahru. Darul Ta'zim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan bermaruah".

Keluasnya negeri Johor ialah 18,992 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 2.8 juta penduduk pada tahun 2000. Pembahagian penduduk mengikut kaum ialah:

Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerjaan negeri johor) seperti berikut:


Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.

Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:

  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau yang terbesarnya ialah:

Bandar-bandar utama di Johor termasuklah Johor Bahru (ibu negeri), Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.


Rencana utama: Budaya di Johor

Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.

Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.

Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).

Pakaian tradisional Johor termasuk:

  • Baju cekak musang
  • Baju Teluk Belanga
  • Kurung Johor
  • Kurung Riau
  • Belah kebaya panjang

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:

peristiwa hari pertama mendpat elaun


ain

nad n me

kak huda n aza (pemandu berhemah)


ana yg bajet cun. huhuhu

msti ramai tertnyer2 nape ak letak gmbar2 ni. sebenarnyer dlam cte kali ini mereka berlimalh watak utama. sebelum wat cte kne tw pelakon dlu. tol x? bwu gempak. hehehehehe. cte nyer bermula pd 12hb 11 2009. selepas beberapa hari terseksa sbb elaun x msuk tarikh tersebut merupakan hri bertuah tuk kami dan juga hri yg meninggalkn kenangan pahit tuk kami. ptg 2 membe ak si ana azman, pehan n biela bg msej elaun da msuk. teruja beb. ak tros g blik aza ajak die g bli tiket kt jerteh. die ok jer. ak souh nad tempah kereta kt koperasi. nsib bek ad. rezki kami. ak g blik ain ngan kak huda ajak g. ptg 2 kul 2.30 dngan bangganyer kami pn keluar aa g jerteh. mcm2 kdai kami pegi tuk abiskn duit. g bli tket. melayang duit 60. g zon ria, econjaya shopping complex ngan kedai2 bju kt c2. pas penat2 blanja kami pn nk blik. kt cnilh pengembaraan bermula. happy gler msing2 maklumlah da ad wet. aza pn memndu aa ngan berhemahnyer. smapai kt depan caltex adlah stu traffic light ni. lampu merah aa plak. lme gler. tp ble lampu da ijau kate kami x gerak2. tp slalu da jdi. kereta sewa biasa aa 2 mati2 tengah jlan. aza pn cbelah nk start kete 2 blik. tp x idup2. kete rsak rpenyer. kami pnyerlh panic. pompuan sume. x kn nk tlak kete. nsib bek ad pak cik yg hensem tp mke brutal tlg kami. pas 2 kak huda, ain ngan aza g mnx tlg kt abg bengkel. diorg pn tlg. smpai kt bengkel diowg kte air kering. panih tol. kol2 adik ipar abg dee die wat x tw., cm nk tumbuk jer. nsib bek aa abg2 bengkel 2 hensem ilang ckit rse mara (bajet). diowg pn berusaha menyelamatkn kete kami tp yg besz free jer. kami pn meneruskn perjalanan. tp smpai depan mrsm kete rsak ag. bala2.nsib bek ad owg tlg. kul 7.30 bwulh adik ipar abg dee dtg. ish3. servis trok. x sian pngsung kt kami. dhla kne ngurat. ish3. pape pn pd sape2 warga ipgm ksm jngan sewa kete koop yg bernombor plat TAQ.



nape aa ngan blog ak ni

nape x ley upload image ni. ak ad cte best time ni aa die wat hal. uwauwauwauwa

Thursday, November 12, 2009

sje2. da x de keje


ni aa keje ak ble ad mse terluang. ak edit gmbar ak sndri. bkn stakat gmbar ak sndri, gmbar owg len pn ad. meh2 kte tgok hasil kerja ak. tp ak nk tnjuk yg ni jer. yg len secret.


merdeka!!!!!!!!!!!!!

exam da abis da. huuraaaaaaaaaay. rse tenang kepala walaupn prestasi tuk paper ni agak mengecewakn. 2lh akibatnyer kalu bergntung kt soalan spot semate2. menyesal pn da x gne. hampeh. nkn setakat course ak. sume course soalan spot x msuk. x ke haru. yg x msuk 2 plak bahagian esei. ag ternganga. 20 markah terbang melayang. dh abis stu bala. elaun x tw aa msuk ke x arini. thank kt nad n biela sbb sponsor kuey teow kt ak. thank kwn2. jasamu ku kenang. sok kitorg plan nk g kb. tp kalu elaun x msuk sume 2 tggl harapan jer aa. perit2. hari isnin bala kedua plak datang. program WHO AM I? ni pn ak x tw pe motif. memo pengarah n jadual da dkuarkn. follow jer aa. ipg len bg student diowg blik awl. ipg ni mmg bgus. amanah. yelh duit rakyat. hihihihi. mebe ak kt ipg len terguling2 jetawakn ak. die sdap2 ley blik ak merengkuk kt cni.


nilh die memo pengarah tuk program ni


ni plak tentatif program tuk program ni

pe yg menyedihkn kedua2 bnda ni berada pada kertas yg sme. nmpak sngt x de bajet. hahahaha. sje je nk wat statement kejam. mkn pn x dinyatakn dlam 2. 2 ak musykil ad mkn ke x? kalu x de mmg ipg ksm da bankrupt aa ni. hahahahaha. program ni bgus sbnrnyer mndekatkn kte ngan agama. (hipokrit) tp x kne mse kot. agpn x adil aa asyik batch kami jer kne wat program. jhat sngt ker kami ni. rse cam bek jer. junior x kne plak. ni msti ad skandal ni. merana idup. 4 thun ad ad program jer. tp nk wat kajian x lepas plak. bnda ad dlm silibus 2. markah asimen 2. kte nk lhirkn warga pendidik yg berkualiti. tp ajar kami menipu. x wat kajian tbe2 ad laporan. pnat tw menipu (padahal nk jln jer). drpd wat program bek dahulukn bnda yg ad dlm silibus. ntah aa. kte x de wet tp wat pembinaan mcm2. tkar pagar aa. padahal pagar 2 elok jer. bajey wat tembok tinggi ley elaknowg kapel. ntah pape. pk2 aa. kebajikn kami di mne. ckt2 ungkit kami mkn duit rakyat. kte sme je. dua2 mkn duit rakyat.


exam+elaun x de

dh lme rsrnyer ak x update blog ak ni. bz ngan exam. tp sbb utama ak bz bermuka buku. pning2. tuk exam plak 3 paper da lepas. tggl stu paper yg agk membunuh iaitu ks 2. siap ad ekonomi. subjek membunuh 2. smbil ak tgah study n bermuka buku tbe2 ak teringt kt blog ak ni. tp cte mlm ni bkn pasal exam. tp pasal elaun. wah. hangat tol isu ni. elaun x msuk ag. ak pn da kering. kami bajet elaun msuk 8 hb mcm selalu. tp smpai skang 11hb x msuk2. dh hmpir 4 hri ak idup atas ehsan org. sdey aa gak. x penah rse sdey camni. ak dh tpon family kt kg tp diorg pn x de wet. mak kte kt tngan die ad 10 inggit jer. sdey plak. abah ak ag aa. dhla beliau ni sensitf trus ngis ble ak ckp elaun ak x msuk. mak kte abah kt umah x mkn pk pasal ak. rse bersalah plak wat abah ak camni. ape pnyer ank aa aku ni. sepatutnyer ak bahgikn diorg ni wat diorg ssah plak. anyway thank kt kwn2 yg tlg ak. rodi, nad, pehan, kak huda, kira and izah. thank sbb concern pasal ak. x dpt nk blas jasa2 korunk. x lpe gak kt rumet ak. thank intan. kalu korunk x de x tw aa cmne nk truskn idup. ak kering gler bln ni. bnyak abis duit ntah ke mne. drama nightla, bola tmpar ag, broadband. ntah aa. pd kwn2 len sabolh yer. t elaun msuk pnyer tp x tw ble. ntah aa. ak pn x paham pengurusan kt cni lmbat gler. alasannyer 12hb bru 10 hri bekerja tuk kerajaan. time 2 aa elaun msuk. nape dr mle x ikut bnda 2. ape aa salah kami. ble mnx kte kami x kng budi aa. mkn duit rakyat. x sedar dri. tp kalu ikutkn gaji diorg pn duit rakyat gak.kami dibagi elaun tuk belajar. kami da tunaikn tggungjawab kami. tp pe hkum org yg wat keje sambil lewa. yg klako ley slahkn org. ag stu yg wat ak skit program who am i? untuk ape aa program ni. kte x de wet wat cre x de wet. apelh. ak pn x mengerti ape yg terjdi. pape pn ak hrap sngt elaun msuk sok. kalu x ak merempat aa kt cni ngan x bli tiket ag. sok kalu x de x tw aa nk mkn pe. wet ad singgit jer. nk mkn pe aa. bli roti jer aa. walaupn kuarga ak ssah x penah ak rse ssah camni. ntah aa. dugaan. time tgah exam plak 2. rame ngadu x ley blajo sbb lapo. sadis x? ske ea tgokmkami berkeadaan begini. ntah aa.

Thursday, November 5, 2009

gaya tidur yg dak ks 1 yg pling menarik.

seperti yg kte semua tw manusia perlu tidor. bg manusia dewasa mereka memerlukan 6 hingga 8 jam tidor sehari. tp bg dak2 ks 1 kitorg memerlukn tdo yg lbh dr itu. hihihi. especially ak. smpaikn tido bermcm2 gaya. hihi. meh kte saksikn kbenaran dan penipuan crite ak ni. hihihi


ni mse debat inter unit ari 2. disebabkan terlalu mengantok timah (yg berbju ijau 2) n ak ley tertdo smase bergmbr. padahal kami x msuk pn just penyokong jer. hebat x kami. yg pnting mke kne maintain comel. huhuhu

ni yg ak x paham. owg len tdo (especially dak bju oren 2) tp minah 2 ekor ni ley plak bergmbar. aduh. nmpak x yg bertudung ungu 2? 2lh penolong ketua unit kitaorg bg sem 3 ni. beliau pn trut membuta. plik tol.

ni gmbar kegemaran ak. nilh hebatnyer penangan lecturer ekonomi kami. YM Tengku Amran. betapa bestnyer klas die smpai semua org tertido. bak kte izham YM trik semua semangat dak2 dlm kelas sebaik sahaja beliau melangkah msuk ke kelas. cayalah YM. kowunk tgok posisi tido mereka adalah sme. 2 yg ak musykil diowg ni wat pakatan ker? tp Ketua Unit kami masih bertahan. die mampu melawan kesaktian YM. hihihi. jngan mara ea YM.

ni ak mse kt dewan. pe yg besznyer gmbar ini dirakam oleh mak cik biela semasa Pengarah bg ucapan. mknenyer ak tido aa mse Pengarah berucap. hebat x ak. hahahahahaha (gelak jahat). nk wat gane ucapan 2 terlalu menarik dan intelektual smpai x tercapai oleh akalku.

pape pn jngan aa ikut pangai kitorg. hampeh.

Wednesday, November 4, 2009

Insan bernama wanita

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"korang tahu kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."