CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, November 23, 2009

lagu joget BATU PAHAT

ad ker lagu ni? first time dngar. trok x ak?

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor

Batu Pahat Daerah Makmur

Sungai Mengalir Ke Kuala

Dari Simpang Kanan Dan Kiri


DiHulu Sungai Kampunglah Medan

Parit Sulong, Pekan Nan Indah

Bukit Pasir dan Tongkang Pecah

Semerah Letak Di Utara


Chorus


Bandar Penggaram Tempat Berniaga

Ramai Yang Membeli Belah Disana

Pisang Salai Di Parit Raja

Air Hitam, Tempat Pelancong


Gunung Banang Tinggi Mengawan

Nampaklah Dari Bukit Soga

Istana Hinggap Sultan Johor

Raja Adil Daerah Makmur


Sri Gading Utuh Terbina

Rengit, Senggarang Tak Kurangnya

Minyak Beku Batu Di Pahat

Nama Diberi Sempenanya


Dahulu Kala Ia Dibuka

Oleh Dato' Bentara Luar

Satu Haribulan Januari

Satu Lapan Sembilan Empat


Lagu Gubahan : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

batu pahat plak

skang ni pasal btu pahat permainya bumi ku. knl2 aa ea.

Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Bandar yang kedua terbesar di Johor ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor.Pada tahun 2008 Batu Pahat di tangga 12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

PENGENALAN

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada, di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga".

PEMBUKAAN

Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar).

Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato' Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato' Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi Bandar kali ini di Batu Pahat.

Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau :

"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."

Pentadbiran

Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :

  1. Mukim Lubok (Mukim I)
  2. Mukim Bagan (Mukim II)
  3. Mukim Peserai (Mukim III)
  4. Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
  5. Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
  6. Mukim Linau (Mukim VI)
  7. Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
  8. Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
  9. Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
  10. Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
  11. Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
  12. Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
  13. Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
  14. Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.

Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India.Lelaki seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.

CARA PENYUSUNAN:

BAHAGIAN UTARA BATU PAHAT:

Taman Peserai, Peserai, Kampung Muhibbah, Simpang Lima, Parit Besar (Bagan), Semerah,

BAHAGIAN SELATAN BATU PAHAT:

Taman Kemajuan, Taman Mewah, Taman Kenanangan, Taman Bahagia, Taman Bukit Mutiara, Taman Bukit Mutiara 2, Taman Flora Height, Taman Bandar, Taman Bukit Banang, Ayam Suloh, Senggarang, Rengit,

BAHAGIAN TENGAH BATU PAHAT:

Taman Pegawai, Kampung Merdeka, Taman Limpoon, Taman Dato Abdul Rahman, Taman Batu Pahat, Taman Sejahtera, Taman Damai, Taman Damai 2, Taman Emas, Taman Emas 2, Taman Bukit Perdana, Taman Bukit Perdana 2, Taman Perdana, Taman Inang, Batu Pahat city centre,

BAHAGIAN TIMUR BATU PAHAT:

Taman Banang, Taman Bukit Pasir, Taman Setia Jaya , Taman Setia Jaya 2 , Taman Maju, Taman Tasek, Taman Puteri, Taman Puteri Indah, Taman Flora Utama, Taman Koperasi Bahagia, Taman Flora, Parit Besar, Taman Pelangi, Taman Berlian, Taman Gembira, Kampung Istana, Hill View Apartment, Taman Budaya, Taman Sentosa, Pura Kencana,Sri Gading, Sri Gading, Bandar Universiti,Parit Raja, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,UTHM, Parit Raja,

BAHAGIAN BARAT BATU PAHAT:

Taman Banang Ria, Banang Height, Taman Ampang Jaya, Taman Ampuan, Taman Sri Pantai, Taman Pantai , Taman Pantai Baru , Taman Masjid Tanah, Taman Dagang, Taman Zamrud, Taman Soga , Taman Soga 2, Kampung Satey, Kampung Petani, Sungai Suloh, Kampung Minyak Beku, Perigi Batu Pahat,

Dan pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.

Pendidikan

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Batu Pahat
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
  • MRSM Batu Pahat
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi lanjutan (ADTEC)
  • Kolej Poly Tech MARA
  • SM Teknik Batu Pahat
  • SMK Datin Onn Jaafar
  • SMK Dato' Sulaiman
  • SMK Tunku Putra (SMK Tongkang Pecah)
  • SMK Tinggi Batu Pahat
  • SMJK Cina Batu Pahat
  • SMK Convent
  • SMK Jalan Kolam Air
  • SMK Temenggong Ibrahim
  • SMK Munshi Sulaiman
  • SMK Dato Bentara Luar
  • SMK Tun Aminah
  • SMK Yong Peng
  • SMK Dato Onn
  • SMK Semerah
  • SMK Seri Medan

[sunting] Tokoh

Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikatkan dengan Batu Pahat.

  • Dato Onn Jaafar - pengasas UMNO pada 1946.
  • Tun Hussein Onn - Perdana Menteri ketiga Malaysia, anak lelaki Dato Onn Ja'afar
  • Dr Chua Soi Lek - Menteri Kesihatan Malaysia
  • Lim Kit Siang - pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)
  • Dr Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat
  • Tan Sri Vincent Tan - Bilioner, pengerusi Berjaya Group
  • Lee Kim Yew - pengerusi Country Heights Group
  • KIYAI SALLEH - Pemimpin Tentera Selempang Merah yg menghalang kekejaman askar PKM di Batu Pahat
  • Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
  • Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Keadilan
  • Tony Phua - Ahli Parlimen Petaling Utara
  • Teo Nie Ching - Ahli Parlimen Serdang

[sunting] Tempat menarik

Benteng

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "Benteng" - suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

Mi Bandung

Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee Rebus & Nasi Lemak

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan Nasi Lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall,Farson Supermarket, Pacific Hypermarket,McDonald Drive Thru, dan Perkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex,Big Cinmaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

Industri

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan, elektronik,pemprosesan makanan,pembalakkan, porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.Antaranya Munchy's,Hup Seng dan Hwa Tai.Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu , Hitachi and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi , Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn. Bhd. and Fast Track Solutions Bhd.

HOSPITAL DAN PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN

1. HOSPITAL BATU PAHAT

2. PUTRA SPECIALIST HOSPITAL

3. PANTAI SPECIALIST HOSPITAL

4. KELINIK KESIHATAN BATU PAHAT

Pengangkutan

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat iaitu Kluang kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain bandar di semenanjung.

ANTARA SYARIKAT PENYEDIA PERKHIDMATAN:

Johore Motor Bus Co Sdn Bhd,

Costal Omnibus Co Sdn Bhd,

Syarikat Mayang Sari Sdn.Bhd ,

Syarikat Pengangkutan Maju Bhd

Syarikat Tanjau Jaya Melayu Sdn. Bhd ,

Syarikat Causeway Link Sdn.Bhd ,

Syarikat Intra Desa Sdn.Bhd ,


Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan Pelabuhan Indonesia seperti Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam

johor

ak berasal dari batu pahat johor. tp ak sendiri x brape nk tw pasal negeri kesayangan ak ni. time cti2 ni plak tbe2 ak rse nk cri maklumat tetang negeri kesayangna ak ni. bnyak gak ak tw. meh kte bce sme2. hihihi (berilmiah x ak mse cti2 ni)

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadankan.

Kedudukan Johor dari segi keluasan, penduduk dan kepadatan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: ke-5 terbesar di Malaysia, dan ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia
  • Penduduk: ke-2 tertinggi di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia
  • Kepadatan: ke-7 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia.

Ibu negerinya ialah Johor Bahru. Darul Ta'zim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan bermaruah".

Keluasnya negeri Johor ialah 18,992 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 2.8 juta penduduk pada tahun 2000. Pembahagian penduduk mengikut kaum ialah:

Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerjaan negeri johor) seperti berikut:


Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.

Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:

  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau yang terbesarnya ialah:

Bandar-bandar utama di Johor termasuklah Johor Bahru (ibu negeri), Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.


Rencana utama: Budaya di Johor

Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.

Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.

Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).

Pakaian tradisional Johor termasuk:

  • Baju cekak musang
  • Baju Teluk Belanga
  • Kurung Johor
  • Kurung Riau
  • Belah kebaya panjang

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:

peristiwa hari pertama mendpat elaun


ain

nad n me

kak huda n aza (pemandu berhemah)


ana yg bajet cun. huhuhu

msti ramai tertnyer2 nape ak letak gmbar2 ni. sebenarnyer dlam cte kali ini mereka berlimalh watak utama. sebelum wat cte kne tw pelakon dlu. tol x? bwu gempak. hehehehehe. cte nyer bermula pd 12hb 11 2009. selepas beberapa hari terseksa sbb elaun x msuk tarikh tersebut merupakan hri bertuah tuk kami dan juga hri yg meninggalkn kenangan pahit tuk kami. ptg 2 membe ak si ana azman, pehan n biela bg msej elaun da msuk. teruja beb. ak tros g blik aza ajak die g bli tiket kt jerteh. die ok jer. ak souh nad tempah kereta kt koperasi. nsib bek ad. rezki kami. ak g blik ain ngan kak huda ajak g. ptg 2 kul 2.30 dngan bangganyer kami pn keluar aa g jerteh. mcm2 kdai kami pegi tuk abiskn duit. g bli tket. melayang duit 60. g zon ria, econjaya shopping complex ngan kedai2 bju kt c2. pas penat2 blanja kami pn nk blik. kt cnilh pengembaraan bermula. happy gler msing2 maklumlah da ad wet. aza pn memndu aa ngan berhemahnyer. smapai kt depan caltex adlah stu traffic light ni. lampu merah aa plak. lme gler. tp ble lampu da ijau kate kami x gerak2. tp slalu da jdi. kereta sewa biasa aa 2 mati2 tengah jlan. aza pn cbelah nk start kete 2 blik. tp x idup2. kete rsak rpenyer. kami pnyerlh panic. pompuan sume. x kn nk tlak kete. nsib bek ad pak cik yg hensem tp mke brutal tlg kami. pas 2 kak huda, ain ngan aza g mnx tlg kt abg bengkel. diorg pn tlg. smpai kt bengkel diowg kte air kering. panih tol. kol2 adik ipar abg dee die wat x tw., cm nk tumbuk jer. nsib bek aa abg2 bengkel 2 hensem ilang ckit rse mara (bajet). diowg pn berusaha menyelamatkn kete kami tp yg besz free jer. kami pn meneruskn perjalanan. tp smpai depan mrsm kete rsak ag. bala2.nsib bek ad owg tlg. kul 7.30 bwulh adik ipar abg dee dtg. ish3. servis trok. x sian pngsung kt kami. dhla kne ngurat. ish3. pape pn pd sape2 warga ipgm ksm jngan sewa kete koop yg bernombor plat TAQ.



nape aa ngan blog ak ni

nape x ley upload image ni. ak ad cte best time ni aa die wat hal. uwauwauwauwa

Thursday, November 12, 2009

sje2. da x de keje


ni aa keje ak ble ad mse terluang. ak edit gmbar ak sndri. bkn stakat gmbar ak sndri, gmbar owg len pn ad. meh2 kte tgok hasil kerja ak. tp ak nk tnjuk yg ni jer. yg len secret.


merdeka!!!!!!!!!!!!!

exam da abis da. huuraaaaaaaaaay. rse tenang kepala walaupn prestasi tuk paper ni agak mengecewakn. 2lh akibatnyer kalu bergntung kt soalan spot semate2. menyesal pn da x gne. hampeh. nkn setakat course ak. sume course soalan spot x msuk. x ke haru. yg x msuk 2 plak bahagian esei. ag ternganga. 20 markah terbang melayang. dh abis stu bala. elaun x tw aa msuk ke x arini. thank kt nad n biela sbb sponsor kuey teow kt ak. thank kwn2. jasamu ku kenang. sok kitorg plan nk g kb. tp kalu elaun x msuk sume 2 tggl harapan jer aa. perit2. hari isnin bala kedua plak datang. program WHO AM I? ni pn ak x tw pe motif. memo pengarah n jadual da dkuarkn. follow jer aa. ipg len bg student diowg blik awl. ipg ni mmg bgus. amanah. yelh duit rakyat. hihihihi. mebe ak kt ipg len terguling2 jetawakn ak. die sdap2 ley blik ak merengkuk kt cni.


nilh die memo pengarah tuk program ni


ni plak tentatif program tuk program ni

pe yg menyedihkn kedua2 bnda ni berada pada kertas yg sme. nmpak sngt x de bajet. hahahaha. sje je nk wat statement kejam. mkn pn x dinyatakn dlam 2. 2 ak musykil ad mkn ke x? kalu x de mmg ipg ksm da bankrupt aa ni. hahahahaha. program ni bgus sbnrnyer mndekatkn kte ngan agama. (hipokrit) tp x kne mse kot. agpn x adil aa asyik batch kami jer kne wat program. jhat sngt ker kami ni. rse cam bek jer. junior x kne plak. ni msti ad skandal ni. merana idup. 4 thun ad ad program jer. tp nk wat kajian x lepas plak. bnda ad dlm silibus 2. markah asimen 2. kte nk lhirkn warga pendidik yg berkualiti. tp ajar kami menipu. x wat kajian tbe2 ad laporan. pnat tw menipu (padahal nk jln jer). drpd wat program bek dahulukn bnda yg ad dlm silibus. ntah aa. kte x de wet tp wat pembinaan mcm2. tkar pagar aa. padahal pagar 2 elok jer. bajey wat tembok tinggi ley elaknowg kapel. ntah pape. pk2 aa. kebajikn kami di mne. ckt2 ungkit kami mkn duit rakyat. kte sme je. dua2 mkn duit rakyat.


exam+elaun x de

dh lme rsrnyer ak x update blog ak ni. bz ngan exam. tp sbb utama ak bz bermuka buku. pning2. tuk exam plak 3 paper da lepas. tggl stu paper yg agk membunuh iaitu ks 2. siap ad ekonomi. subjek membunuh 2. smbil ak tgah study n bermuka buku tbe2 ak teringt kt blog ak ni. tp cte mlm ni bkn pasal exam. tp pasal elaun. wah. hangat tol isu ni. elaun x msuk ag. ak pn da kering. kami bajet elaun msuk 8 hb mcm selalu. tp smpai skang 11hb x msuk2. dh hmpir 4 hri ak idup atas ehsan org. sdey aa gak. x penah rse sdey camni. ak dh tpon family kt kg tp diorg pn x de wet. mak kte kt tngan die ad 10 inggit jer. sdey plak. abah ak ag aa. dhla beliau ni sensitf trus ngis ble ak ckp elaun ak x msuk. mak kte abah kt umah x mkn pk pasal ak. rse bersalah plak wat abah ak camni. ape pnyer ank aa aku ni. sepatutnyer ak bahgikn diorg ni wat diorg ssah plak. anyway thank kt kwn2 yg tlg ak. rodi, nad, pehan, kak huda, kira and izah. thank sbb concern pasal ak. x dpt nk blas jasa2 korunk. x lpe gak kt rumet ak. thank intan. kalu korunk x de x tw aa cmne nk truskn idup. ak kering gler bln ni. bnyak abis duit ntah ke mne. drama nightla, bola tmpar ag, broadband. ntah aa. pd kwn2 len sabolh yer. t elaun msuk pnyer tp x tw ble. ntah aa. ak pn x paham pengurusan kt cni lmbat gler. alasannyer 12hb bru 10 hri bekerja tuk kerajaan. time 2 aa elaun msuk. nape dr mle x ikut bnda 2. ape aa salah kami. ble mnx kte kami x kng budi aa. mkn duit rakyat. x sedar dri. tp kalu ikutkn gaji diorg pn duit rakyat gak.kami dibagi elaun tuk belajar. kami da tunaikn tggungjawab kami. tp pe hkum org yg wat keje sambil lewa. yg klako ley slahkn org. ag stu yg wat ak skit program who am i? untuk ape aa program ni. kte x de wet wat cre x de wet. apelh. ak pn x mengerti ape yg terjdi. pape pn ak hrap sngt elaun msuk sok. kalu x ak merempat aa kt cni ngan x bli tiket ag. sok kalu x de x tw aa nk mkn pe. wet ad singgit jer. nk mkn pe aa. bli roti jer aa. walaupn kuarga ak ssah x penah ak rse ssah camni. ntah aa. dugaan. time tgah exam plak 2. rame ngadu x ley blajo sbb lapo. sadis x? ske ea tgokmkami berkeadaan begini. ntah aa.

Thursday, November 5, 2009

gaya tidur yg dak ks 1 yg pling menarik.

seperti yg kte semua tw manusia perlu tidor. bg manusia dewasa mereka memerlukan 6 hingga 8 jam tidor sehari. tp bg dak2 ks 1 kitorg memerlukn tdo yg lbh dr itu. hihihi. especially ak. smpaikn tido bermcm2 gaya. hihi. meh kte saksikn kbenaran dan penipuan crite ak ni. hihihi


ni mse debat inter unit ari 2. disebabkan terlalu mengantok timah (yg berbju ijau 2) n ak ley tertdo smase bergmbr. padahal kami x msuk pn just penyokong jer. hebat x kami. yg pnting mke kne maintain comel. huhuhu

ni yg ak x paham. owg len tdo (especially dak bju oren 2) tp minah 2 ekor ni ley plak bergmbar. aduh. nmpak x yg bertudung ungu 2? 2lh penolong ketua unit kitaorg bg sem 3 ni. beliau pn trut membuta. plik tol.

ni gmbar kegemaran ak. nilh hebatnyer penangan lecturer ekonomi kami. YM Tengku Amran. betapa bestnyer klas die smpai semua org tertido. bak kte izham YM trik semua semangat dak2 dlm kelas sebaik sahaja beliau melangkah msuk ke kelas. cayalah YM. kowunk tgok posisi tido mereka adalah sme. 2 yg ak musykil diowg ni wat pakatan ker? tp Ketua Unit kami masih bertahan. die mampu melawan kesaktian YM. hihihi. jngan mara ea YM.

ni ak mse kt dewan. pe yg besznyer gmbar ini dirakam oleh mak cik biela semasa Pengarah bg ucapan. mknenyer ak tido aa mse Pengarah berucap. hebat x ak. hahahahahaha (gelak jahat). nk wat gane ucapan 2 terlalu menarik dan intelektual smpai x tercapai oleh akalku.

pape pn jngan aa ikut pangai kitorg. hampeh.

Wednesday, November 4, 2009

Insan bernama wanita

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"korang tahu kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Thursday, October 29, 2009

alhamdullilah we are champion

agak lmbat sbenarnyer ak post bnda ni. tp pape pn tahnian tuk semua warga kelas kajian sosial 1 sebab manjadi johan mse mlm drama night pd 27hb ari 2. cayalah semua. bg ak semua kelas dh lakukan yg terbaik.semua cerita ada kekuatan. tapi alhamdullilah nsib menyebelahi kami. cte yg kami dapat pn menarik. cte pasal 7 puteri. siap ad menari ag thank kt shelia jasmin yg bekeng. bagi diri ak plak bnda ni amat bermakna utk diri ak. cbelh korunk byangkan mne ad puteri yg cmel mcm ak ni. ish3. mle2 ak tkot gak nk ambik watak sebagai puteri bongsu ni merangkap heroin cte ni. ak pk kn camne penerimaan org ramai t. ape diowg akn mengumpat pasal ak, ak tkot kne hina ngan diorg, tp thank pd kwan2 yg memberi full of moral support. ak ingt kte2 madi x ksah sape pn pelakonnyer tp yg pnting cte kte smpai. lgelh ckt. tp tuk menyiapkan mental ak untuk menerima semua ni bkn sng. x ley tdo wei. g klas letih. mkn dekat hri pertndingan makin rsau ak rse. ak jdik x smangat. tuhan jelh tw. smpai ari pertndingan mmg stu bdan ak jdi sjuk. tkot stu hal. yg klakonyer mse time make over. thank kt kak pija sbb sudi tlg make up kn ak. yg klakonyer ak ni jnis cpat berpeluh mmg ssah gler nk make up kn ak ditambh plak ak ni jnis yg x pakai sume bnda 2. payah2. tp cntik gak aa hasilnyer. dpt bnyak positve feedback. tp x de plak yg nk ngurat ak. hahahahahahah.


koya jer lbh

cmel x? hahahahah

kdg2 ak pk blik camne lah ak ley terjebak dm bnda2 gini. plik2 jer ak ni. nsib bek mng x la malu sngt. hahahahahaha. pape pn tahniah kt malek sbb dpt best actor. tahniah juga kt kelas kajian sosial 2 sbb dpt tempat ketiga. keluarga kajian sosial mmg mantap. diharapkn thun depan junior kami dpt mengekalkn kejuaraan ni. dh 2 thun kelas kajian sosial mng. bangga2. pape pn thank ag skali kpada sesiapa sje yg sme2 membantu kami dlam menjayakan cte ni. pada director kami Nur Farhana Azman jngan nk tension2. hehehehehehehehehe.

Tuesday, October 27, 2009

buat props di hari terakhir

dah lme rsenyer x update blog ni. mkalumlah sbuk dngan bola tampar di tambah plak ngan drama night yg insyaallah esok adalah penentuan. hrap2 hasil perit jerih kami semua mendatangkan hasil. mlm ni pn kami masih sbuk menyiapkan props. sebelum ni x penah terpikir pn nk wat props camni. tp dh last2 mnit bnyak plak idea. tol gak kte madi last minute is creative. hihihihihi. kt dlm post kali ni ak nk share gmbar2 dan gelagat kami pelajar ks 1dlam usaha menyiapkn props. nape ayat ak skema jer ni. pnat kot (alasan aa 2) . kepada kwan2 good luck took sok. ks 1 boleh......! DEVIL Vs ANGEL IN CHRONICLE OF SEVEN PRINCESS is the best. mdah2an.









Wednesday, October 14, 2009

Bahana bola tampar

Allhamdullilah hari ni semua berjalan lancar. thank kt kwn2 yg sme2 menjayakan game ptg ni. ptg ni ad kemunculan istimewa. 2 team iaitu team lecturer (demo2 kite2) ngan staff IPGM. nmpak jer da berumur tp tetap mantap. best gak skali skale tgok diorg men. especially tutor kami En. Sulizi. tp kt cni dikenali ngan nme Cikgu Sulizi. terkenal gak aa. perjuang dikir barat. hihihihi.



ni lh En. Sulizi kami (hensem x? hahahahaha)

tp sygnyer team demo2 kita2 kalah kt tngan dak RBT 3. tp nsib bek aa mng mse lwan ngan staff IPGM. hebat gak. senja lwan senja. hahahahahha. jngan marah encik2 sekalian. ak nk tnjuk gak sape dalang disebalik pertandingan ni. org yg membuat kami merana tiap2 ptg. lecturer GERKO ak aa sape ag En. Aminuddin.

ni lh rpe sebenar En. Amin. hehehehehe

pape pn thank sngt2 kt encik2 ni semua sbb sporting dan begitu komited dlam sme2 mnjayakn perlawanan bola tampar kali ni. HIDUP IPGM KSM...! nnti nk try ajak Pengarah plak aa. hihihi. rse2 kne buang kami.
sbnrnyer ak sdey sngt. nk tw nape? mke ak sunburn wei. da mcm org Gana dh, dlu pn gelap gak tp still nmpak cam org Malaysia. rse cam nk tkar warganegara jer. mlu pnyer pasal. uwauwauwa. abislah pakwe2 ak reject ak. cmne ni. sape ad tip2 berksan bgtw aa kt ak. ak nk jdi warganegara Malaysia ag. uwauwauwa.

ni aa gmbar sebelum pertndingan bola tampar bermula. (gne teknik pencahayaan ni)

ni gmbar selepas 9 hri pertandingan bermula. (sdey wei. snyum dlm paksa)

agak trok kn. kne do something ni. tp gane? pning2. bnyak ag perlawanan. isau2. bkn ak jer isau. mebe2 ak pn sme jer. hihihihi.






Hati dan perasaan

Artikel ni ak ambik dari stu blog. ak sngaja letak artikel ni kt cni sbb ak nk kwn2 ak ambik iktibar. marila same2 kte renungkan.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

CINTA

bnda ni ak dpt kt journal salah seorg mebe ak kt tagged. lpe plak nk mnx kbenaran kt tuan punyer bnda ni. sori ea. hehehehehehehe. tp bnda ni menarik sngt. bg ak aa. sbb 2 ak post.

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

antara suka cinta dan sayang


Tbe2 ak terasa nk menjiwang plak. mse ak sbuk ak mengupdate facebook ak, ak tjmpe bnda ni. best gak. meh bce

~Dalam keseharian kita sering mendengar ungkapan SUKA, CINTA, dan SAYANG. Kita kerap kali mengungkapkan hal-hal tersebut untuk kekasih, keluarga, teman, dan siapapun yang membuat kita bisa mengecap indahnya sekeliling kita. Tapi dibalik semua itu ada perbezaan yang mendasar dari ungkapan tersebut… j0m kita tengok apa perbezaannya… :

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jangan menangis.”
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, “Ia sangat cantik dan menawan.”
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mahu lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau SAYANGI menyakitimu, kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus dan penuh rasa kepercayaan.

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
CINTA adalah kau akan menemaninya di saat dia membutuhkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat bagaimanapun keadaannya.

SUKA adalah hal yang menuntut.
CINTA adalah hal memberi dan menerima.
SAYANG adalah hal yang memberi dengan rela.

SUKA : perasaan ’sesaat’.
CINTA : perasaan yang berlebihan.
SAYANG : perasaan yang tulus.

Anda ingin menjadi orang yang hanya sekedar SUKA, CINTA, atau MENYAYANGI …

Tuesday, October 13, 2009

ntah

kitorg kne anjurkan pertandingan bola tampar. tp mcm2 masalah berlaku. org cni kecik ati ngan owg sne. owg sne kecik hti ngan owg cni. tujuan wat bnda ni nk eratkn hubungan tp menyonsang plak. duit pn da abis bnyak tuk bnda2 ni. ak hrap bnda ni berjalan dengan lancar. tp ak sdey aa sbb ak ad terkonflik ngan sowunk mebe ak ni. maybe sbb slame ni ak mlut jhat. rame sngt org terasa ngan ak. kdg2 ak pn trase ngan dri ak. hehehehehehehehe. tp bnda yg wat ak lg sdey, jersey kelas yg ak tugu2 x muat. jersey 2 mmg cntik. warna merah hitam. smart gler. tp nk wat camne lemak dh berlapis2 x muat. burn duit ak 22 inggit. ni lh nasib org gemuk cam ak.

team social studies 1


pandangan belakng jersey


pandangan hadapan jersey

tol x ak ckp smart. bg ak aa. malu pn ad. org lain pakai bju sme ak jer slalu lain sbb masalah saiz. tp yg wat ak geram mse nk tempah tnyer saiz xxl kte ad. tp ble dpt saiz xl jer. mmg sdey. nk nangis wei. bkn mrah. kalu ak org kaya x pe. frust gler ni. nk pakai ley jer tp mcm sarung nangka. wat malu. yg mebe ak sekor ni sbuk jer kte kain ley memeri. ntah pape. memerilh sngt. sdey yg teramat sngt. dha tgah gawat ni. dgar jelh org gelak kn ak nt. pompuan gemuk x de saiz. pning2

first post

ak pn x tw nk kte pe. tp ak happylah sbb dpt menghasilkn blog walaupn xla sebaik org lain. kalu ad salah dan silap ak mnx maaf bnyak2. k. manusia kn. kdg2 x lari dr melakukan kesilapan. pape pn enjoylah dlm berkawan. sayonara.