CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, November 7, 2010

tadiiiiiiiiiiiiiii

tadi ak buka aa fb selepas berstudy ngan ain n kak huda. sje. fb ngan ak kn x ley dipisahkan. hihi. ak pn sje bkak kt home. skodeng2 fb org. so ak bkak aa fb seorang hamba Allah aka senior ak. ak x tw aa bnda ni ditujukan tuk sape. tuk ak ke or utk org len. tp disebabkn nickname ak farah farhana yg disebut so ak terasa terkena kt diri ak. x tw aa kalu ad org len gne nme farah farhana gak kt ipg ni. sesedap selamber kte ak ayam israel. AYAM ISRAEL tw. paneh aa. kdg2 ak tertnyer2. apelh yg diorg duk ngumpat ak. aoelah dak2 laki ni pk pasal diri ak ni. nk kte ak rapat duk berbual2 ngan diorg x de pn. ad pn sorunk dua jer. yg len just tegur2 biasa jer. nk kte ak ad wat skandal ngan dak2 maktab ni lg aa x de. check aa phone ak ad 3 org jer kot no senior lelaki 2 pn atas urusan tertentu. bkn ad msj2 bermanja2. ntah aa. tlong aa. kdg2 sdey gak. bkn sekali tp msuk ni dh bpe kali dh ak ni dipermenkan. masalahnyer kt fb. jtuh aa maruah ak. diorg pernah pk x. lenlah kalu korunk wat fb 2 private. x ley aa ak bce. ni umum. pusing2 pn jmpe gak. x pelh pk positif jer. farah farhana nana len kot. bkn ak kot. ak ni jer tersalah pham. mle2 dlu ad gak aa rse nk bek2 ngan dak2 ni tp x baik pn mcm2 cte, mcm2 gelaran bg kalu dh baik x tw aa jdik pe. ntah2 mcm2 tomahan ak dpat. seyes. mara gler. dihina cmni. x pernah ag aa ak rse down gler cmni. smpai ak terpk2 ape yg ak wat kt dak2 ni. yg plik dak yg ckap ni x pernah pn tegur ak. mebe2 die pn x de pn bek ngan ak. tp pe ak wat kt diorg. kecewa sngt2. kecewa campur sdey. tp ak hrap bnda 2 ditujukan tuk farah farhana yg len. bkn ak. seyes sdey.

Thursday, November 4, 2010

seronok ke?

seronok ke asyik kecik hati jer.
seronok ke ckit2 terasa
seronok ke bnda2 kecik pn nk jdikan isu
seronok ke dpat skitkan hti org
seronok ke simpan dendam
seronok ke tipu diri sendri
seronok ke keje x puas hati ngan org
seronok ke cri kesalahan org n rse dri 2 suci
seronok ke wat hidup dalam imaginasi dengan memandang semua org jhat tp die sowunk suci
SERONOK KE WEI?
SERONOK KE HIDUP CAMNI?
bayangkan kalu Tuhan kurniakan umur panjang pada kita. 60 tahun ke? cbe kte dh start rse sume 2 mse umo kte 20 thun. bayangkn kte hdup dengan perasaan 2 selama 40 tahun. rse seronok ke? rse bahagia ke. ble tgok org gelak kita kte org gelakkan kte. seronok ke. sebelum ad perasaan2 cmni ni kdg2 ak terpk x ckup ke kenangan manis yg dh dilakarkn bersama2. hdup bermasyarakat biasa aa. kalu x nk jmpe org yg pelbagai ragam wat pe duduk dalam masyarakat bek duk kt hutan kwan ngan haiwan2 dlam hutan. haiwan2 dlam hutan x de akal so kte aa pling bijak. kte boleh memerintah tanpa sape2 pn bersuara. so x kn kte nk mengharap perkara yg sme. haiwan yg x de akal 2 pn ak rse bnyak ragam. ad omnivor, karnivor and herbivor. ad bnyak ag kategori hidup kt air, udara mcm2 aa. semua memerlukan keperluan yg berbeza2. x kn nk paksa haiwan karnivor mkan rumput kot semata2 nk ikut ckap kte. pk2knlah. dunia penuh pancaroba. x kn t kt skula dh ngajar msih nk kecik hti. t murid2 yg berhingus 2 ckap bnda2 yg mengecik kn hti kte trus x nk g skula sbb kecik hti. haha. bahaya tol penyakit hti ni.
Khas tuk kwan2 yg ak kasihi, ak bahagia sngt knal korunk. bnyak yg ak belajar sepanjang bersama dengan semua. sepanjang ak duduk cni bnyak sebenarnyer ak dh berubah. semua yg ak sebut kt atas 2 semua tntang dri ak dlu. tp skang walaupn pangai 2 msih ad tp ak dpat mengawal. mne2 yg terasa ngan ak, mnx maaf bnyak2. bkn sng nk berubah. biolah org len kte "ad ke ko berubah" tp hanya ak ngan Tuhan yg tw. im a new FARHANA. walaupn x secara keseluruhan. sbb kwan2 ak msih berdiri di cni meneruskan perjuangan tuk mnjadi seorang guru. ak hrap pd mse akan dtg ak dpat perbaiki diri ak ag. ak doakan kte sme2 dpat mncapai cita2 kte. kte semua bakal guru yang baik.
LOVE MY FRIENDS SO MUCH. THANK FOR EVERY MOMENT THAT WE HAVE TOGETHER.

Tuesday, November 2, 2010

stu selesai 3 lg menanti

semalam 1 nov so nk ucap selamat bulan baru tuk semua. hihi. ble msuk blan bru mknenyer tarikh cti semakin hampir. miss my home.tp sebelum plang ad misi yg perlu disettlekn ad amanah yg harus dilunaskan. (bunyi cam berat je) pe ag kalu bkn perkataan keramat yg membuat seluruh kehidupan pelajar dlam keadaan kuca kulana. perkataan yg boleh menyebabkn dak2 mlas seperti ak tbe2 mnjadi ilmiah dan sntiasa memegang buku walaupn dalam tidooo. pe lg kalu bukan EXAM. menghantui hidup ak skang ni. dlu kte nk berubah tp sme jer. ske sngt study last minute. ske sngt time2 exam ni wat drama kt fb. owh. pdan mke. time exam terkial2 nk jwab. haha. pape pn td 2hb nov 2010 telah berlangsung acara keramat dak2 batch ak iaitu final exam yg bertempat di dewan bendahara IPG KSM tercinta ni tepat kul 2.30 td. acara yang berlangsung adalah Murid dan Alam Belajar. mmg best aa soalan die. meragut kewarasan akalku. (pernah ke ak waras) haha. pape pn ak dh usaha. dh bce buku walaupn last minit. nk ucap gak thank 2 ain n kak huda yg teman ak study. siap g library g2. ak doakan semua dpat result yg cemerlang. next paper perkembangan sejarah negara. ready for action. adios

Saturday, October 30, 2010

sweetnyeeeeeeeeeeeeeeer

pagi ni ak bkak aa fb. cm biasa ble bkak wall mcm2 aa nek kt wall 2. tp dlam bnyak2 2 ak tertarik kt satu note ni. tjuknyer klakarlah suami ak ni. cte ni mmg sweet sngt. sngt2 sweet. begitu sweet. sweet gler2. mmg sweet aa. haha. i wish to have husband like that. sempoi n sweet. uwauwauwa. ley kne kncing manis ni. dr td sweet jer. sape2 yg terbce blog ak ni sme2 aa kte share kesweetan cte ni. xcited gler ni. mcm nk kahwin skang jer (mak ak kte :brani wat aa. msak x reti, kt umah sume mak wat ad hati nk kahwin. haha) pape pn enjoylah yer. hihi

cerita bermula :

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…



Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.



Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…



Eiiiii…geramnya aku!!!



Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..



”Lah..awat tak tanya…”



Eiii..geramnya aku!!!



Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..



Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..



“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”



Eiiii..geramnya aku!!!!



Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..



Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..



Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…



Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..



“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”



Eiii…geramnya aku!!!



Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,



“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…



Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…



Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!



Eiii…geramnya aku!!!



Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..



Suratnya berbunyi begini:



Kehadapan isteriku (cewahhh..),



Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…



Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…



“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “



Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)



Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…



P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi



Love,

Suamimu

Thursday, October 28, 2010

BERUK

td telah selesai aa program Bina Insan Guru dengan jayanyer. hoorey. program td agk menarik. walaupn ak ni jnis x ske spesis2 yg mcm bengkel ni tp arini ak dpat input yg sngt bergune terutama sekali untuk mnjadi seorang guru yg bek. ceramah pd hari ni disampaikan oleh En.Sheffudin. beliau ni merupakan lecturer jabatan kajian sosial. krenyer lecturer jabatan ak aa. walaupn dalam kelas die agk skema tp tuk ceramah BIG kali ni beliau berbeza sekali. so arini kami diminta utk menganalisis sebuah cerpen yang bertajuk BERUK. cte ni memberi msj yg amat berguna kepada bakal guru seperti kami ni. hayatilah yer. penat ak taip words by words tw. (sebenrnyer copy words by words hehehe) enjoy yer n ambil iktibar.

Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.

Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.

Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.

“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.

Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.

“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.

Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.

“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.

Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.

“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?”

Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.

“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.

“Saya cari, cikgu!”.

“Dah jumpa?”.

Alias angguk. Tersenyum.

“Sebab itu kau datang lambat?”

Angguk juga.

”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.

“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.

Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.

“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.

“Tidak cikgu, saya…”

“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.

Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.

“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.

Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.

Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.

Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.

Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.

Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.

Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.

“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan.

“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.

“Dia panjat pokok kelapa?”

“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya.

“Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi.

Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.

“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.

“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.

Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.

“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.

Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.

Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias.

“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.

Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.

Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.

“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.

Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.

“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.

Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.

Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.

Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.

Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.

Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.

“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.

“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.

“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.

“Cikgu…”

“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.

“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”

Alias duduk. Kaku. Sedih.

“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.

“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.

“Kenapa?”

“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”

Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini.

Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.

Azizi Hj Abdullah
Dewan Bahasa, Disember 1970

Wednesday, October 27, 2010

mak!!!! maafkan along

for the first time nset ak x berkredit lbih drpd sehari. sebelum ni pntang x de kredit msti cri kredit tp dsbbkn masalah kewangan ak terpaksa aa biokn phone ak kekontangan. tp arini ak rse rindu sngt kt mak n abah ak. so, ak x de pilihan kne gak topup nk kol diorg nk tnyer keadaan diorg. diorg aa segalanyer untuk ak. ak kol mak ak tp adik ak yg ankat. die ckap mak g klinik sakit perut. angah yg bwak mak g klinik. so ak pn ckap ngan abah ak, ble dngar suara abah rpenyer die x chat demam. niat awalnyer nk mnx duit tp terbntut sbb ak tw bajet lari sbb mak g klinik. x pe aa. kesihatan mak ag pnting. so pas maghrib ak kol ag. ak x ley x ckap ngan mak ak. dngar suara mak ak. ble ak ak kol dngar suara mak ak terus sebak. mak skit sngt2. ak tw. sbb ak dngar suara die lemah sngt. mak seorang yang kuat die jarang mengeluh ble sakit. tp kali ni suara die lemah sngt. ak x tw nk wat pe. dh bpe kali bnda ni jdik. sebelum ni x ley bngun. mkan ubat pas 2 ok. x tw plak kali ni ley jdik blik. mak maafkan along sbb along x de kt sisi mak time mak skit, maafkan along sbb along x mampu nk tlong mak. along x mampu nk bawak mak wat rawatan. kdg ak terpk ak ckup mkn pakai kt cni tp mak n bah ak x tw. adik2 ak jer yg tw sbb diorg yg msih duduk ngan mereka. tp ak?????????? pe bakti ak utk mak n abah ak???? kdg2 ak rse menyesal gak nape aa ak x spent elaun ak utk ubatkan mak ak. nape aa ak lebih rela abiskn duit elaun ak utk bnda yg x ptut. ak anak sulong sume ni ptotnyer ak yg tanggung. nape mse lmbat sngt berlalu. ak terlalu rindukan mereka. kdg2 ak cemburu ble tgok kwan2 ak yg umah dekat ley blik ble tw family diorg sakit tp ak? ape mampu ak wat. MENANGIS? Ya Allah peliharalah kedua orang tua ku. mereka sajalah yg ak ad. merekalah yg menjadi kekuatan ak selama ini. walaupun ak tw ak bkn anak yg baik tp bglah kesempatan padaku memberi kesenangan kepada mereka. mereka amat penting bg ku. mak maafkan along.

jngan aa wat ayat ak jdik satu isu

ak menulis blog sbb ak nk abadikan segala perasaan yg ak alami. mne tw ble sng2 t ble bce blik ley mengingat masa silam kte. tp ak mara ble ad org bce blog ak n then sbuk nk ambik kata hati ak ni n then jdikan isu. pe kes. eee. nk ungkit2 kononnyer ak pernah ckap bnda ni. smpai ble nk bangkitkan bnda2 cmni. ish. nape sukar sngt nk memaafkn. nk simpan dlam hti pas 2 nk biokn menanah. mati aa cam 2. tp x pelh asalkn org 2 bahagia ley cri salah org. hepi kot simpan dendam. 2 yg org 2 ske sngt wat. mulut kte maaf tp hti tetap membenci. smpai ble sume ni nk berakhir. kalu kemaafan x diterima. knape jdik hipokrit. jmpe dendam senyum2 bajet maafkn tp blakang dok skit hti.n pe gne mnx maaf. mnx maaf pn tp x maafkn. maaf 2 dh x bernilai ke? susahla. pape pn selagi x nyusahkn idup ak lnx ko aa nk wat pe. dh lme jer sabar. nk meletup pk mebe2. ish. pape pn mlam ni mmg ak tersngt skit hti.